Wahai pemilik cintaQ
AQ ingin mencintai-Mu
AQ ingin menjadi kekasih-Mu
AQ rindu untuk bertemu dengan-Mu
AQ dambakan ridha-Mu
Namun...
SiapaLah AQ?
Apakah AQ mampu?
Apakah AQ layak?
Sesungguhnya AQ malu
AQ malu kerana sering meminta
AQ malu kerana sering memohon
AQ malu kerana sering merayu
Sedangkan AQ sering melupakan-Mu
AQ sering lalai dan leka melaksanakan perintah-Mu
AQ sering lupa dan alpa melakukan suruhan-Mu
Maka...
layakkah AQ mendapat cinta-Mu?
Wahai kekasih Allah
AQ rindu untuk berjumpa denganmu
AQ rindu untuk menatap wajahmu
AQ rindu untuk mendengar suaramu
Walaupun AQ tidak pernah melihat wajahmu
AQ tahu..
Kami tahu..
Kau sangat mencintai kami..umatmu
Kau menyayangi kami
Kau merindui kami
Tetapi..layakkah kami menerima cintamu?
Layakkah kami menerima kasih dan rindumu?
Sedangkan kami sering melupakanmu
Kami sering mengabaikan sunnahmu
Kami sering lupa untuk menyebut namamu
Dan kau pula tidak pernah melupakan kami
Sehinggalah ke saat-saat kewafatanmu
Maka..layakkah kami menerima cintamu?
Wahai bakal pendamping hidupQ
AQ ingin mencintamu kerana Allah
AQ ingin menyayangimu kerana Allah
Dan AQ ingin merinduimu juga kerana Allah
AQ ingin kau seorang pemuda yang soleh
Kerana AQ mengharapkan bimbingan dan tunjuk ajarmu
AQ ingin kau seorang yang merindui syahid di jalan-Nya
Kerana AQ ingin menjadi bidadarimu di syurga
AQ tidak memerlukan rupa dan hartamu
Cukuplah hanya agama dan akhlakmu yang indah
Dan AQ ingin kau mencintaiQ kerana kau mencintai-Nya
AQ ingin menjadi pendampingmu berjuang di jalan Allah
AQ ingin menjadi tulang rusuk kiri yang teguh buatmu
AQ ingin menjadi srikandi yang sentiasa berada di sisimu
Namun..Adakah AQ layak mendapat cinta insan sepertimu?
Sedangkan AQ tidak punya apa-apa
AQ hanyalah gadis biasa
Yang sarat dengan khilaf dan dosa
Mahukah kau mencintaiQ?
♥♫♥♣♥♫•*¨*•.¸¸❤¸¸.•*¨*•♫♥♣♥♫•*¨*•♫♥*•.¸¸❤¸
Ya Allah...
BalasHapusJika AQ ditakdirkan jatuh cinta...
Cintakanlah AQ pada seseorang...
Yang melabuhkan cintanya padaMu...
Amien...